Saturday 12 November 2011

Cerita kat sekolah..Hari kanak2 sesekolah..

Minggu2 akhir sekolah yang terlalu padat dengan aktiviti..ms ni la semua nak dibuat sebelum gate sekolah ditutup selama sebulan..sesi 2011 yang berlaku berbagai2 cerita..INILAH AKU...SEORANG GURU...

Dah selesai exam akhir tahun dan marking paper bagai...mcm2 aktiviti nak buat..1.Majlis ihtifal khatam Al Quran Jqaf - Last minute cr budak Alhamdulilah dapat johan kawasan melaka tengah dan seterusnya peringkat negeri.2. Hari kanak2 peringkat sekolah - wpun mcm hal diantaranya majlis tetap berjalan.nti tengoklah gambar budak2 buat persembahan.seronok mereka dan cikgu2nye.3.Hari Qualiti - akan dtg isnin ini.Tp dah preparation sedang giat dan ckgu yg terlibat dah menjalankan tugasan mereka - Saya kene bhgian jamuan murid..huhu.

Jomla kita tengok2 gmbar sepanjang aktiviti yang disebut diatas....


TeMa: Jubah Si pAri-PaRi
TEMA: INanG


TEMA: PuNjAbI

TEMA: PeNganTiN

TEMA: TAekWoNdO


TEMA: SiLat









Inila kreativiti anak-i=anak nie...tapi jgn tak tau juru solek mereka adalah juga cikgu2 mereka yang tersayang...SELAMAT HARI KNAK-KANAK ....:))

Friday 14 October 2011

Taklimat KSPK Prasekolah 2011

5 Okt n 6 Okt 2011 hrtu kene pergi kursus Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan untuk pendidikan Islam di SK Kg Tun Razak Bukit Katil,Walaupun tak mengajar prasekolah tapi ilmu yang diperoleh melalui kursus ni sangat bermanfaat, Lalui 2 days kursus dengan hepi nberlapang dada..

Kat situ dapat jumpa ustazah Hjh Hasnah, Guru cemerlang Pendidikan Islam dan guru pakar jawi. Sangat2 idore her..cita2 one day dapat buat inovasi dalam jawi untuk dikongsikan dengan semua guru laen (my dream...:)).

Yang paling best tak ingat aktivi uli-menguli....hehe. bukan buat kuyeh ye..tapi buat plastersing..kan dah dihebah-hebahkan yang plastersing tak elok digunakan dalam pnp coz terdapat bahan chemicalnye yang membahayakan..jd altenatif dicari untuk menghasilkan plastersing sendiri.Plastersing juga sangat efektif sebagai ABM terutama untuk kaedah membentuk huruf...

So..sy nak kongsi cara membuat plastersing ni...

Bahan2nye..

1. 2 cawan tepung
2. 2 cawan garam
3. 4 sudu creame of tartar
4. Air panas (untuk bancuhan ketika uli)
5. Pewarna makanan

Macam nak buat cup cake kan...
Jom kita tengok cara buat pulak...

1. Larutkan garam dalam air panas n pastikan betul larut garam tu kalau tidak nti plastersing yang dihasilkan tidak rata. berbiji2 gitu.jd pastikan air panas ye.
2. Dalam larutan garam tadi masukan pewarna yang disukai
3. Bila dah larut bancuhkan dalam tepung dan uli
4. Masukkan cream of tartar dan uli hingga sebati

Akhirnya......lihatlah hasilnye.....:) InsyaAllah kalu ikut step mesti jadi..murid2 pun mesti suka.Nak gambar setiap step xde pulak.hehe.

Jom la tengok gambar2 yang sempat disnap...



kakak2 ahli kumpulan yang sporting

yang tudung pink tu Ust Hasnah

ABM kump kami,,kad wayang kulit..



Setelah sekian lama.....

Hai...
Setelah sekian lama...kembali semula dalam dunia blogku yang x seberapa ni..maklumlah baru belajar...Disebabkan sibuk dengan keje kat sekolah dan si budak bijak kat rumah blog ni terabai...Tapi nak kembali semula la..kepada sape2 yang sudi jadi pembaca marila kita berkongsi cerita...hehe

Untuk encik suami tersayang...dah banyak kali sound..."bila nak update blog tue...." haha ni dia i'm back...harap2 kali nie terus ada cerita la.Sebenarnya banyak cerita yang nak dikongsi tapi bila dah belated terus terlupa..

Jom la tengok gambar beraya ke rumah za kat Terachi n9.Dah lama tak jumpa za gembira dapat bersua...


Cik Za kene bg Muadz sudu n cawan plastik...bg dia maen

Tengok gambar kawen za

cemek.....

heppi,,,,



Friday 29 July 2011

Sangat menyentuh hati....

Perempua berkalong sorban...mungkin ada yang telah menontonnya tetapi bagi saya yang pertama kali menontonnya sangat tersentuh...terharu...melihat semangat seorang wanita..atau dalam erti kata lain seorang anak, isteri dalam menatang agama Islam dan mengendong semangat serta cita-cita...
Bukan sinopsisnya yang hendak saya kongsikan disini tetapi tentang semangat serta pendirian seorang yang bernama wanita...Sesungguhnya setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya dan Allah SWT tidak akan memberikan seseorang itu dugaan kecuali atas kemampuan seseorang itu untuk menanggungnya...Subhanallah....



Akhirnya..seorang perempuan tidak perlu lagi berselindung di sebalik lilitan sorban untuk melakukan apa2..kerana...setiap wanita ada hak untuk bebas bersamanya juga keagungan Agama  Islam yang suci  itu Dijunjung..

Saturday 23 July 2011

Me as a teacher....

Salam kembali...
Bagaimana memulakan kisah, cerita,kenangan.. peristiwa dan segala-galanya di blog ini....saya budak baru belajar.....emmm :)
Sesuatu ingin dikongsi....dari kisah seorang guru kepada guru yang muda ini....
"ingatlah kerjaya seorang guru ini tersangat istimewa...apabila kita benar-benar meletakkan ia sebagai amanah dan keistimewaan yang diberi oleh Allah SWT untuk mendidik...dia mengingatkan lagi...siapa yang mendapat salam yang paling banyak dalam sehari kalau bukan seorang guru..?? sesungguhnya anak-anak itu sangat ikhlas kerana mereka belum kenal erti hipokrit.."
"dengan selawat saling bertaut antara lidah, hati dan jari-jemari boleh menjadikan raut wajah berseri setiap hari.."
Nasihat ini sangat terkesan dalam hati saya kerana disebabkan keletihan dengan tugas kita sering terlupa akan erti amanah dan keikhlasan....i love to be a teacher...:)







Friday 22 July 2011

Assalamualaikum....

Salam pembuka bicara..pemula cerita...buat semua teman2 yang singgah menjengah ke blog saya nie..salam perkenalan...salam perkongsian...semoga coretan dan kisah kita menjadi perkongsian ilmu sebagai pegangan...ingatan..dan teman dikala senggang....:)