Friday 7 September 2012

Disebalik Nama-Nama Itu


Disebalik nama-nama itu...ada ceritadan kisah yang perlu anak-anak ibu tahu..Disebalik nama-nama itu...ada contoh tauladan...disebalik nama-nama itu...mereka adalah pewaris kepada para nabi..disebalik nama-nama itu..ibu mahu anak-anak ibu mencontohinya dan menuju menjadi pemuda ulul albab....
Mu’adz...nama seorang sahabat nabi Muhammad SAW yang sangat bijak dan tampan.Mu’adz bin Jabal juga terkenal sebagai seorang cendekiawan dengan wawasannya yang luas dan pemahaman yang mendalam dalam ilmu fiqh. Bahkan  Rasulullah juga menyebut nama Mu’adz bin Jabal sebagai sahabat yang paling mengerti tentang perkara halal dan haram.hadith baginda mu’adz bin Jabal: "Orang yang paling mengetahui halal dan haram di kalangan umatku adalah Muaz ibn Jabal” .

Nu’man...adalah nama asal bagi imam Abu Hanifah (pengasas mazhab Hanafi) iaitu  Nu’man bin Thabit bin Zautha bin Mah. Sejak kecil lagi Imam Abu Hanifah telah menunjukkan kecerdasan akal fikiran yang mengkagumkan. Nu’man kemudiannya dikenali dengan panggilan Abu Hanifah (Hanif erti cenderung kepada agama) kerana ketekunannya beribadah. Imam Abu Hanifah dikatakan banyak belajar pelbagai Ilmu feqah, tafsir, Hadis dan Tauhid dari para ‘ulama yang alim.
Semoga anak ibu Ahmad Mu’adz dan Ahmad Nu'man juga menjadi seorang yang alim akan ilmu-ilmu agama dan menjadi anak yang soleh.Harapan ayah dan ibu semoga Ahmad Mu’adz dan Ahmad Nu'man mencontohi sifat-sifat Rasulullah dan semangat Mu’az ibn Jabal dan Iman Abu Hanifah sebagai pedoman. Berjaya kamu berdua di dunia dan di akhirat.


Tuesday 14 August 2012

Ramadhan semakin ke penghujungnya.....Sayu..

Ramadhan datang setahun sekali...bulan yang dijanjikan seribu rahmat buat hambaAllah yang benar-benar khusyuk dan tawadhuk kepada Allah SWT, pencipta sekalian alam..sesungguhnya daripada DIA kita datang dan kepadaNYA lah kita akan kembali..Allahuakbar..

Sayu rasa hati...apa amalan yang dipikul untuk ramadhan kali ni...Allahu'alam...dengan jiwa yang sentiasa dipenuhkan dengan urusan-urusan dunia..semoga ada yang menjadi ibadat sebagai bekalan apabila pulang kepadaNYA nanti...

Ramadhan yang penuh keberkatan...hanya yang berusaha akan merasai kemanisanya...yang sentiasa mengingatkan.. tersentuh rasa hati insan biasa ini..maka pahala buatmu wahai manusia..beruntungnya kamu..Subhanallah...

Semoga dapat bersua lagi wahai Ramadhan Kareem....Hati ini tersentuh lagi...syahdu.........



Thursday 9 August 2012

Ahmad Mu'adz & Ahmad Nu'man...Permata Hati Ku....

Kini..ibu dah ada dua orang putera..sebagai coretan semoga suatu hari nanti boleh diingati dan dikongsi bersama..Ahmad Mu'adz permata hati ibu yang sulong..lahir 13 April 2010. Sekarang dah jadi abang sebab permata hati ibu yang kedua ahmad Nu'man telah menjadi peneman abangnya lahir pada 7 Julai 2012.

Pengalaman mengandungkan dan melahirkan kedua2 putera permata hati ini berlainan..tapi apepun Alhamdulilah selamat semuanya..hari blog ni ditulis ibu dah dalam hari ke 33 berpantang..belum habis pantang tu kalau ikut petua orang tua2..tp Alhamdulilah ibu dah sihat walaupun masih belum terlalu lasak..:)

Coretan Kelahiran Ahmad Mu'adz...



Abang bijak Ahmad Mu'adz lahir hari Selasa 13 April 2010...tepat jam 11.21 pagi lahirlah bayi lelaki beratnye 3.4 kg.Alhamdulilah..tp vakum sebab baby taknak turun..Masa tu ibu sakit dari sekolah dan pak ngah n mak ngah lah yang hantar ke hospital.Dalam masa 1 jam sakit kuat terus Ahmad Mu'adz lahir.Ahmad Mu'adz terpaksa masuk nursery sebab vakum kene pantau keadaannya.Alhamdulilah..sekarang anak ibu dah  2 tahun 4 bulan dan semakin bijak..


Coretan kelahiran Ahmad Nu'man...



Adik pintar Ahmad Nu'man lahir hari sabtu 7 Julai 2012..pukul 7.49 pagi setelah bertarung sakit sepanjang malam. Jam 4.30 pagi dah bukak 4cm terus kene hantar ke kamar bersalin.Alhamdulilah dah puas bertarung dengan kesakitan dalam 3 jam lebih lahirlah Ahmad Nu'man seberat 3.1 kg. Bila doktor tu tunjuk lelaki ibu terus panggil Ahmad...walaupun tak sebut lagi hujungnya Nu'man..sebabnye..masa pregnant mula2 scan lelaki tapi dah dekat nak bersalin tu scan ada yang kata perempuan..Alhamdulilah..adik Ahmad Nu'man dan 33 hari..semoga sihat dan menjadi anak yang soleh...


Ibu doakan anak-anak ibu menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat.Menjadi anak-anak yang mentaati Allah dan Rasul serta ayah dan ibu.Semoga besar menjadi ank yang berakhlak mulia serta bijak dan mencintai ilmu..Ameen.