Saturday 13 June 2015

The time flies....

Assalamualaikum again...
Dah cukup lama tak ber'blog'...hrni tergerak nak buka dan tengok ada rupanya cerita2 yg kat draft je tak berpos...and i posted it..!! hihu..

Tahun 2015..dah pertengahan tahun dah...minggu depan dah berpuasa...ahlan wasahlan Ya Ramadhan...kami rindu Ramadhan...

Kali ni tak mau janji akan still publish story...tp berharap akan jadi penulis setia diblog ini...perjalanan beribu batu dimulakan dengan langkah pertama....langkah dah keseribu...jadi..sy akan teruskan sampai jadi berjuta...hehe

Now..i am a mom of three HEROS.....i'm proud mom...Syukur Alhamdulilah Ya Allah....:) Perjalanan mendidik mereka menjadi khalifah Allah yang soleh and berbakti kepada Ibuayah punya banyak cerita...harap2 sy sempat menulis di blog ini kisah mereka....hopefully..really..emm :)

My AMANAH....Ahmad Mua'dz..Ahmad Nu'man..Ahmad Hanif...


anak2 soleh...Salam

Dunia A.M.A.N..Dunia IBUAYAH

Hari ni tiba2 ada rasa nak update blog yang dah lama terdiam...dah tahun 2013..huhh..:) Dah masuk bulan mac pun!

Tahun 2013 adalan tahun A.M.A.N..dunia ibuayah adalah untuk Ahmad Mu'adz & Ahmad Nu'man.Cerita tentang anak bijak yang dua itu..Alhamdulilah Ahmad Mu'adz dah masuk 3 tahun dan si adik Ahmad Nu'man dah nak masuk 8 bulan...

Ahmad Mu'adz akan berpindah pengasuh ke Taska Permata.Tujuanya adalah untuk dia lebih explore dan belajar new things...semoga anak ibu menjadi anak yang soleh dan pintar. 
Ahmad Nu'man macam biasala..dah masuk 8 bulan..so..dah boleh makan..my routine begins mcm abang Mu'adz dulu..buat porridge and blend...sangat sedap bila beras, ikan bilis,kentang,carrot or bayam disatukan dan di "blend".Semoga anak ibu membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh dan bijak.

Untuk Ibu & Ayah....dunia 'kamu' membesar adalah dunia Ibu & Ayah....

Friday 7 September 2012

Disebalik Nama-Nama Itu


Disebalik nama-nama itu...ada ceritadan kisah yang perlu anak-anak ibu tahu..Disebalik nama-nama itu...ada contoh tauladan...disebalik nama-nama itu...mereka adalah pewaris kepada para nabi..disebalik nama-nama itu..ibu mahu anak-anak ibu mencontohinya dan menuju menjadi pemuda ulul albab....
Mu’adz...nama seorang sahabat nabi Muhammad SAW yang sangat bijak dan tampan.Mu’adz bin Jabal juga terkenal sebagai seorang cendekiawan dengan wawasannya yang luas dan pemahaman yang mendalam dalam ilmu fiqh. Bahkan  Rasulullah juga menyebut nama Mu’adz bin Jabal sebagai sahabat yang paling mengerti tentang perkara halal dan haram.hadith baginda mu’adz bin Jabal: "Orang yang paling mengetahui halal dan haram di kalangan umatku adalah Muaz ibn Jabal” .

Nu’man...adalah nama asal bagi imam Abu Hanifah (pengasas mazhab Hanafi) iaitu  Nu’man bin Thabit bin Zautha bin Mah. Sejak kecil lagi Imam Abu Hanifah telah menunjukkan kecerdasan akal fikiran yang mengkagumkan. Nu’man kemudiannya dikenali dengan panggilan Abu Hanifah (Hanif erti cenderung kepada agama) kerana ketekunannya beribadah. Imam Abu Hanifah dikatakan banyak belajar pelbagai Ilmu feqah, tafsir, Hadis dan Tauhid dari para ‘ulama yang alim.
Semoga anak ibu Ahmad Mu’adz dan Ahmad Nu'man juga menjadi seorang yang alim akan ilmu-ilmu agama dan menjadi anak yang soleh.Harapan ayah dan ibu semoga Ahmad Mu’adz dan Ahmad Nu'man mencontohi sifat-sifat Rasulullah dan semangat Mu’az ibn Jabal dan Iman Abu Hanifah sebagai pedoman. Berjaya kamu berdua di dunia dan di akhirat.


Tuesday 14 August 2012

Ramadhan semakin ke penghujungnya.....Sayu..

Ramadhan datang setahun sekali...bulan yang dijanjikan seribu rahmat buat hambaAllah yang benar-benar khusyuk dan tawadhuk kepada Allah SWT, pencipta sekalian alam..sesungguhnya daripada DIA kita datang dan kepadaNYA lah kita akan kembali..Allahuakbar..

Sayu rasa hati...apa amalan yang dipikul untuk ramadhan kali ni...Allahu'alam...dengan jiwa yang sentiasa dipenuhkan dengan urusan-urusan dunia..semoga ada yang menjadi ibadat sebagai bekalan apabila pulang kepadaNYA nanti...

Ramadhan yang penuh keberkatan...hanya yang berusaha akan merasai kemanisanya...yang sentiasa mengingatkan.. tersentuh rasa hati insan biasa ini..maka pahala buatmu wahai manusia..beruntungnya kamu..Subhanallah...

Semoga dapat bersua lagi wahai Ramadhan Kareem....Hati ini tersentuh lagi...syahdu.........



Thursday 9 August 2012

Ahmad Mu'adz & Ahmad Nu'man...Permata Hati Ku....

Kini..ibu dah ada dua orang putera..sebagai coretan semoga suatu hari nanti boleh diingati dan dikongsi bersama..Ahmad Mu'adz permata hati ibu yang sulong..lahir 13 April 2010. Sekarang dah jadi abang sebab permata hati ibu yang kedua ahmad Nu'man telah menjadi peneman abangnya lahir pada 7 Julai 2012.

Pengalaman mengandungkan dan melahirkan kedua2 putera permata hati ini berlainan..tapi apepun Alhamdulilah selamat semuanya..hari blog ni ditulis ibu dah dalam hari ke 33 berpantang..belum habis pantang tu kalau ikut petua orang tua2..tp Alhamdulilah ibu dah sihat walaupun masih belum terlalu lasak..:)

Coretan Kelahiran Ahmad Mu'adz...



Abang bijak Ahmad Mu'adz lahir hari Selasa 13 April 2010...tepat jam 11.21 pagi lahirlah bayi lelaki beratnye 3.4 kg.Alhamdulilah..tp vakum sebab baby taknak turun..Masa tu ibu sakit dari sekolah dan pak ngah n mak ngah lah yang hantar ke hospital.Dalam masa 1 jam sakit kuat terus Ahmad Mu'adz lahir.Ahmad Mu'adz terpaksa masuk nursery sebab vakum kene pantau keadaannya.Alhamdulilah..sekarang anak ibu dah  2 tahun 4 bulan dan semakin bijak..


Coretan kelahiran Ahmad Nu'man...



Adik pintar Ahmad Nu'man lahir hari sabtu 7 Julai 2012..pukul 7.49 pagi setelah bertarung sakit sepanjang malam. Jam 4.30 pagi dah bukak 4cm terus kene hantar ke kamar bersalin.Alhamdulilah dah puas bertarung dengan kesakitan dalam 3 jam lebih lahirlah Ahmad Nu'man seberat 3.1 kg. Bila doktor tu tunjuk lelaki ibu terus panggil Ahmad...walaupun tak sebut lagi hujungnya Nu'man..sebabnye..masa pregnant mula2 scan lelaki tapi dah dekat nak bersalin tu scan ada yang kata perempuan..Alhamdulilah..adik Ahmad Nu'man dan 33 hari..semoga sihat dan menjadi anak yang soleh...


Ibu doakan anak-anak ibu menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat.Menjadi anak-anak yang mentaati Allah dan Rasul serta ayah dan ibu.Semoga besar menjadi ank yang berakhlak mulia serta bijak dan mencintai ilmu..Ameen.

Saturday 12 November 2011

Cerita kat sekolah..Hari kanak2 sesekolah..

Minggu2 akhir sekolah yang terlalu padat dengan aktiviti..ms ni la semua nak dibuat sebelum gate sekolah ditutup selama sebulan..sesi 2011 yang berlaku berbagai2 cerita..INILAH AKU...SEORANG GURU...

Dah selesai exam akhir tahun dan marking paper bagai...mcm2 aktiviti nak buat..1.Majlis ihtifal khatam Al Quran Jqaf - Last minute cr budak Alhamdulilah dapat johan kawasan melaka tengah dan seterusnya peringkat negeri.2. Hari kanak2 peringkat sekolah - wpun mcm hal diantaranya majlis tetap berjalan.nti tengoklah gambar budak2 buat persembahan.seronok mereka dan cikgu2nye.3.Hari Qualiti - akan dtg isnin ini.Tp dah preparation sedang giat dan ckgu yg terlibat dah menjalankan tugasan mereka - Saya kene bhgian jamuan murid..huhu.

Jomla kita tengok2 gmbar sepanjang aktiviti yang disebut diatas....


TeMa: Jubah Si pAri-PaRi
TEMA: INanG


TEMA: PuNjAbI

TEMA: PeNganTiN

TEMA: TAekWoNdO


TEMA: SiLat









Inila kreativiti anak-i=anak nie...tapi jgn tak tau juru solek mereka adalah juga cikgu2 mereka yang tersayang...SELAMAT HARI KNAK-KANAK ....:))

Friday 14 October 2011

Taklimat KSPK Prasekolah 2011

5 Okt n 6 Okt 2011 hrtu kene pergi kursus Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan untuk pendidikan Islam di SK Kg Tun Razak Bukit Katil,Walaupun tak mengajar prasekolah tapi ilmu yang diperoleh melalui kursus ni sangat bermanfaat, Lalui 2 days kursus dengan hepi nberlapang dada..

Kat situ dapat jumpa ustazah Hjh Hasnah, Guru cemerlang Pendidikan Islam dan guru pakar jawi. Sangat2 idore her..cita2 one day dapat buat inovasi dalam jawi untuk dikongsikan dengan semua guru laen (my dream...:)).

Yang paling best tak ingat aktivi uli-menguli....hehe. bukan buat kuyeh ye..tapi buat plastersing..kan dah dihebah-hebahkan yang plastersing tak elok digunakan dalam pnp coz terdapat bahan chemicalnye yang membahayakan..jd altenatif dicari untuk menghasilkan plastersing sendiri.Plastersing juga sangat efektif sebagai ABM terutama untuk kaedah membentuk huruf...

So..sy nak kongsi cara membuat plastersing ni...

Bahan2nye..

1. 2 cawan tepung
2. 2 cawan garam
3. 4 sudu creame of tartar
4. Air panas (untuk bancuhan ketika uli)
5. Pewarna makanan

Macam nak buat cup cake kan...
Jom kita tengok cara buat pulak...

1. Larutkan garam dalam air panas n pastikan betul larut garam tu kalau tidak nti plastersing yang dihasilkan tidak rata. berbiji2 gitu.jd pastikan air panas ye.
2. Dalam larutan garam tadi masukan pewarna yang disukai
3. Bila dah larut bancuhkan dalam tepung dan uli
4. Masukkan cream of tartar dan uli hingga sebati

Akhirnya......lihatlah hasilnye.....:) InsyaAllah kalu ikut step mesti jadi..murid2 pun mesti suka.Nak gambar setiap step xde pulak.hehe.

Jom la tengok gambar2 yang sempat disnap...



kakak2 ahli kumpulan yang sporting

yang tudung pink tu Ust Hasnah

ABM kump kami,,kad wayang kulit..