Friday 7 September 2012

Disebalik Nama-Nama Itu


Disebalik nama-nama itu...ada ceritadan kisah yang perlu anak-anak ibu tahu..Disebalik nama-nama itu...ada contoh tauladan...disebalik nama-nama itu...mereka adalah pewaris kepada para nabi..disebalik nama-nama itu..ibu mahu anak-anak ibu mencontohinya dan menuju menjadi pemuda ulul albab....
Mu’adz...nama seorang sahabat nabi Muhammad SAW yang sangat bijak dan tampan.Mu’adz bin Jabal juga terkenal sebagai seorang cendekiawan dengan wawasannya yang luas dan pemahaman yang mendalam dalam ilmu fiqh. Bahkan  Rasulullah juga menyebut nama Mu’adz bin Jabal sebagai sahabat yang paling mengerti tentang perkara halal dan haram.hadith baginda mu’adz bin Jabal: "Orang yang paling mengetahui halal dan haram di kalangan umatku adalah Muaz ibn Jabal” .

Nu’man...adalah nama asal bagi imam Abu Hanifah (pengasas mazhab Hanafi) iaitu  Nu’man bin Thabit bin Zautha bin Mah. Sejak kecil lagi Imam Abu Hanifah telah menunjukkan kecerdasan akal fikiran yang mengkagumkan. Nu’man kemudiannya dikenali dengan panggilan Abu Hanifah (Hanif erti cenderung kepada agama) kerana ketekunannya beribadah. Imam Abu Hanifah dikatakan banyak belajar pelbagai Ilmu feqah, tafsir, Hadis dan Tauhid dari para ‘ulama yang alim.
Semoga anak ibu Ahmad Mu’adz dan Ahmad Nu'man juga menjadi seorang yang alim akan ilmu-ilmu agama dan menjadi anak yang soleh.Harapan ayah dan ibu semoga Ahmad Mu’adz dan Ahmad Nu'man mencontohi sifat-sifat Rasulullah dan semangat Mu’az ibn Jabal dan Iman Abu Hanifah sebagai pedoman. Berjaya kamu berdua di dunia dan di akhirat.


No comments:

Post a Comment